𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇
TARIKH: 4 – 25 MAC 2025. Alhamdulillah, bulan yang dinanti penuh keberkatan telah tiba. Majlis Ihya’ Ramadhan telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Aryf Zaki selaku Mudir PTDH pada tanggal 4 Mac yang lalu. Dalam ucapan perasmian, Ustaz mengingatkan bahawa Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, di mana setiap amal kebaikan akan dilipatgandakan pahalanya. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anak-anak PTDH bagi mengimarahkan Ramadhan dengan ilmu dan amalan, antaranya Tadarus Al-Quran harian, Tadabbur from the Quran, Ramadhan Colouring & Poster Competition, Rehlah Infaq, Ramadhan Public Speaking, Ramadhan Sadaqah, Ramadhan Hadith Memorization, dan checklist Mutabaah Amal bagi Fardh & Sunnah Deeds untuk setiap pelajar. Semoga program ini menjadi medan untuk anak-anak menghidupkan Ramadhan dengan lebih bermakna. Marilah kita berlumba-lumba melakukan kebaikan dan meraih ganjaran berlipat ganda
