PENGAMBILAN PELAJAR 2025 & 2026,
TAHUN 1 – TAHUN 6
KLIK UNTUK BORANG PENDAFTARAN

KURIKULUM INTEGRASI

PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN

HAFAZAN AL-QURAN

Pelajar belajar membaca dan menghafaz Al-Quran dengan teknik yang terbukti berkesan bersama guru tahfiz yang terlatih dan berpengalaman.

KAFA & SRA

Pembelajaran deeniyah ( agama ) yang menggunakan silibus KAFA ( JAKIM ) dan SRA ( JAWI ). Pelajar akan menduduki peperiksaan utama iaitu UPKK & UPSRA.

AKADEMIK

Pembelajaran akademik  kurikulum KSSR terkini. Menggunakan kaedah pentaksiran PBD & PAJSK.  Berdaftar dengan modul aplikasi pangkalan data KPM ( APDM ).

Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin merupakan satu-satunya sekolah tahfiz integrasi yang holistik di Kuala Lumpur. Pelajar PTDH dilengkapi dengan ilmu dan tarbiyah yang mendalam meliputi bidang hafazan Al-Quran, ulum Al Quran, akademik, agama dan juga kokurikulum. Seperti firman Allah swt didalam Al Quran,

وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ ٱللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ ٱلْفَسَادَ فِى ٱلْأَرْضِ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”
: Surah Al-Qassas, Ayat 77

Dengan itu PTDH bercita-cita melahirkan para pelajar yang menghafaz Al Quran, memiliki penguasaan ilmu yang holistik disamping penekanan tarbiyah adab dan akhlak yang tinggi. Para pelajar akan diajarkan dengan sunnah nabi saw, ibadah secara praktikal, penglibatan didalam kokurikulum serta aktiviti gimnastik bagi meningkatkan fokus & merangsang minda.

Semoga Allah swt memberikan kejayaan kepada zuriat kita semua di dunia & akhirat.

KEISTIMEWAAN KAMI

HAFAZAN AL-QURAN

Menghafal Al-Quran bermula umur 5 tahun sehingga 12 tahun bersama tenaga pengajar yang menghafal 30 juzuk Al-Quran.

AKADEMIK & AGAMA

Silibus Kementerian Pendidikan Malaysia  (KSSR Semakan ) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( KAFA & SRA ).

KOKURIKULUM

Aktiviti Kokurikulum seperti PBSM, Taekwondo, Public Speaking dan pelbagai lagi.

TARBIAH

Waktu rehat diisi dengan pelbagai aktiviti seperti tazkirah,  kuiz, qailulah dan amalan-amalan sunnah. Sepenuh masa dipantau oleh guru.

AKTIVITI SUKAN

Aktiviti sukan mingguan ( PJ ) dan hari sukan sekolah dilaksanakan pada setiap tahun

TAEKWONDO

Aktiviti hujung minggu bersama guru terlatih dan berpengalaman dalam seni bela diri taekwondo

FASILITI DAN KELEBIHAN

PENDINGIN HAWA

Setiap kelas lengkap dengan penyaman udara untuk keselesaan pelajar menuntut ilmu dan menghafal Al-Quran.

KESELAMATAN

Menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Latihan kebakaran dilaksanakan setiap tahun

ZIKIR PAGI PETANG

Bacaan zikir oleh semua pelajar di waktu pagi dan petang. Juga aktiviti tazkirah disampaikan oleh pelajar.

PENGAWASAN

Pelajar diawasi sepanjang masa termasuk waktu rehat yang diisi  dengan aktiviti tarbiah dan waktu qailulah ( tidur sebentar )

SENAMAN PAGI

Aktiviti senaman ringan sebelum waktu pembelajaran pada setiap hari sebagai persiapan mental serta fizikal untuk menuntut ilmu.

KUMPULAN KECIL

Setiap kelas dan halaqah Al-Quran mempunyai jumlah pelajar yang sedikit agar para pengajar dapat memberi perhatian kepada murid.

ANUGERAH TAHFIZ SWASTA TERBAIK

Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin Merangkul Anugerah Tahfiz Swasta Terbaik 2019, 2022, 2023 & 2024 daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di atas pencapaian pelajar yang cemerlang dalam UPSRA.  Anugerah ini diterima oleh USTAZ ARYF ZAKI BIN MOHD ALI selaku Pengetua Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin. ( Gambar kanan )

DAFTAR SEKARANG,
KLIK UNTUK PERTANYAAN

Untitled design (8)

DARUL HAAFIZHIIN

Darul Haafizhiin merupakan Sekolah Tahfiz Integrasi yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Telah beroperasi selama 24 tahun ( sejak 2001 ) dan berpengalaman dalam bidang pendidikan Islam terutama dalam pendidikan Al-Quran, Imu Agama & Akademik. 

HUBUNGI KAMI

  • ALAMAT

    No 15 Lorong Kiri 1 Kampung Datuk keramat, 54000 Kuala Lumpur, MALAYSIA

  • TELEFON

    0342578929

  • WHATSAPP / HOTLINE

    011 5421 5400

  • Email

    darulhaafizhiin@gmail.com

KERJASAMA

BERDAFTAR DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

MENGGUNAKAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID ( KPM )

SISTEM MAKLUMAT PENDIDIKAN ISLAM ( JAKIM )

PERKHIDMATAN