𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓
Tarikh: 17 FEB 2025. Alhamdulillah, sesi persekolahan baharu telah bermula dengan penuh semangat dan keceriaan! Seramai 203 pelajar memulakan langkah pertama mereka di PTDH hari ini, termasuk pelajar baharu dan Nuraniah Athfal yang penuh keterujaan. Seawal pagi, suasana di sekolah meriah dengan gelak tawa dan wajah-wajah ceria. Ada yang melangkah yakin ke kelas, ada yang masih malu-malu memegang tangan ibu bapa, dan tidak kurang juga yang bersemangat bertemu rakan-rakan baharu. Guru-guru turut menyambut mereka dengan penuh kasih sayang, memastikan setiap anak merasa selesa dalam suasana pembelajaran yang kondusif. Buat semua pelajar, selamat menimba ilmu dan membina kenangan indah di PTDH! Semoga tahun ini dipenuhi kejayaan, keberkatan, dan pengalaman berharga.
