TUAN HAJI AZNAN BIN ISMAIL Pengasas Darul Haafizhiin
PENGENALAN
Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin (PTDH) telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah diasaskan oleh Tuan Haji Aznan bin Ismail dan Allahyarhamah Hjh Fauziah Bt Abul Khassim. PTDH merupakan sebuah institusi Tahfiz Berintegrasi yang menggabungkan pengajian Hafazan Al-Quran, Pengajian Deeniah serta Akademik. PTDH menyediakan platform pembelajaran bermula daripada Pra-Tahfiz iaitu peringkat tadika, peringkat sekolah rendah dan seterusnya peringkat menengah.
PTDH telah mendapat pengiktirafan dari pihak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (No. Pend: JAWI/4/284). Sehingga kini , PTDH mempunyai lebih daripada 100 orang pelajar dan telah berkembang dalam usahanya untuk menegakkan kepentingan pendidikan Al-Quran & As-Sunnah, Deeniah & Akademik seiring dengan keperluan & cabaran dunia masa kini.