MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI 2022

Alhamdulillah, Setelah 2 tahun kita dibelenggu dengan pendemik covid 19, pada kali ini PTDH telah menganjurkan program rumah terbuka Aidilfitri 2022 yang bertempat di Masjid Khalid Al-Walid, Kementah, Kuala Lumpur.

Program ini diserikan dengan beberapa persembahan pelajar seperti bacaan hadith, coral speaking dan nasyid. Pelajar daripada Darul Hafizhiin Al-Furqan juga dijemput untuk menyampaikan persembahan nasyid.

Ustaz Sabri Abdul Rani telah dijemput untuk memberikan sedikit pengisian sempena Aidilfitri yang bertajuk AIDILFITRI, KEMENANGAN SEISI KELUARGA.