HARI KELUARGA DAN SUKANEKA

Pada 23 Julai yang lalu, Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin telah mengajurkan program hari keluarga dan sukaneka bagi pelajar PTDH dan pelajar Darul Haafzhiin Al-Furqan.

Banyak aktiviti telah dijalankan seperti sukaneka, perlawanan bola sepak antara guru dan bapa, aktiviti antara ibu-ibu dan ustazah, olahraga pelajar, perlawanan futsal dan pelbagai lagi. Terdapat 13 acara sukaneka untuk pelajar lelaki dan 10 acara sukaneka untuk pelajar perempuan.

Pelajar Nuraniah Athfal melakukan pertunjukan gimnastik pada awal pembukaan majlis. Aksi dan gelajat yang comel para pelajar nuraniah berjaya menambat hati ibu bapa yang hadir pada hari tersebut.

 

Bagi pelajar menegah DHF, perlawanan futsal telah diadakan melibatkan beberapa buah sekolah jemputan. Antaranya adalah Sekolah Maahad Tahfiz Darul Furqan Padang Balang dan Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) . Maahad Tahfiz Darul Furqan mendapat tempat pertama dalam perlawanan ini sekaligus memalukan tuan rumah, Darul Haafizhiin Al-Furqan yang hanya mampu di tempat ketiga.

Perlawanan bola sepak antara guru dan bapa telah dimenangi oleh pihak guru yang berjaya melakukan ‘comeback’ terbaik sepanjang sejarah hari sukan PTDH. Keputusan adalah seri 2-2 dan ditentukan melalui sepak penalti, 2-1.

Untuk acara keseluruhan, rumah Biru Al-Hanafi mendapat tempat pertama, Rumah Hijau Al-Hambali di tempat kedua, Rumah Kuning Al-Maliki di tempat ketiga dan Rumah Merah As-Syafie di tempat keempat.