KEM JATI DIRI 2020

Pada 13 dan 14 Februari yang lalu, seramai 51 orang pelajar PTDH telah menyertai Kem Jati Diri 2020 anjuran PTDH. Pada tahun ini kem ini dijalankan di AsiaCamp yang terletak di Semenyih.

Program ini bertujuan untuk memupuk sifat berani dan jati diri para pelajar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti melalui halangan ‘obstacle’, jungle trekking, water confidence dan beberapa aktiviti indoor. Para pelajar menzahirkan rasa bersemangat dan terdapat juga yang tidak mampu mengharungi kesemua aktiviti disebabkan sifat kurang keyakinan diri.

Setelah di berikan semangat oleh kawan-kawan akhirnya kesemua pelajar berjaya menamatkan program ini dengan jayanya.