PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN ( RENDAH )

Pada perigkat sekolah rendah, bermula pada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 iaitu umur 7 tahun hingga 12 tahun. Sistem pembelajaran peringkat rendah adalah berkonsepkan integrasi iaitu merangkumi kurikulum TAHFIZ, DINIYAH dan AKADEMI. Selain daripada peperiksaan semester, 3 peperiksaan utama perlu diduduki oleh pelajar peringkat rendah iaitu UPKK bagi tahun 5, UPSRA dan UPSR bagi tahun 6. 

KURIKULUM TAHFIZ

Pelajar perlu mempelajari kaedah bacaan al-Quran di peringkat awal iaitu pada darjah 1 atau darjah 2. Kaedah yang digunakan adalah kaedah qiraati. Kaedah ini hampir sama dengan kaedah iqra tetapi ia disusun secara komprehensif agar pelajar dapat mempelajari al-Quran dengan murah. Bagi pelajar yang telah layak memasuki bacaan al-Quran, pelajar akan diserapkan ke halaqah hafazan. Silibus hafazan bagi peringkat rendah adalah

Juz 30
Surah pilihan
- Al Insan
- Al Mulk
- Ar Rahman
- Al Waqiah
- Al Dukhan
- Yaasin
- Sajadah
Juz 29
Juz 28
Juz 27
Juz 26

KURIKULUM DINIYAH

Ini merupakan kurikulum kafa di bawah jabatan pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Pesekutuan iaitu Tauhid, Fiqh, tajwid, sirah, Bahasa arab, Jawi, Akhlak dan Khat. Ia bermula daripada tahun 1 hingga tahun 6.

KURIKULUM AKADEMI

4 Mata pelajaran teras dalam UPSR iaitu 

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains

Bermula tahun 1 hingga tahun 6

_______________________________________________

Selain daripada waktu pengajaran dan pembelajaran, pelajar juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti tarbiah sepanjang tempoh pembelajaran.

TAKWIM PTDH

Maklumat Pengunjung

1.png5.png5.png6.png7.png5.png
Hari Ini0
Yesterday0
This week0
This month0
Jumlah Pelawat155675

11
Online

Thursday, 22 August 2019 14:35

Waktu Solat

Lokasi PTDH

Hubungi Sekolah

Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin

NO.15, Lorong Kiri 1,

54000 Kampong Datok Keramat,
Kuala Lumpur, Malaysia

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  03-4257 8929
03-42578929