PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN ( RENDAH )

Pada perigkat sekolah rendah, bermula pada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 iaitu umur 7 tahun hingga 12 tahun. Sistem pembelajaran peringkat rendah adalah berkonsepkan integrasi iaitu merangkumi kurikulum TAHFIZ, DINIYAH dan AKADEMI. Selain daripada peperiksaan semester, 3 peperiksaan utama perlu diduduki oleh pelajar peringkat rendah iaitu UPKK bagi tahun 5, UPSRA dan UPSR bagi tahun 6. 

KURIKULUM TAHFIZ

Pelajar perlu mempelajari kaedah bacaan al-Quran di peringkat awal iaitu pada darjah 1 atau darjah 2. Kaedah yang digunakan adalah kaedah qiraati. Kaedah ini hampir sama dengan kaedah iqra tetapi ia disusun secara komprehensif agar pelajar dapat mempelajari al-Quran dengan murah. Bagi pelajar yang telah layak memasuki bacaan al-Quran, pelajar akan diserapkan ke halaqah hafazan. Silibus hafazan bagi peringkat rendah adalah

Juz 30
Surah pilihan
- Al Insan
- Al Mulk
- Ar Rahman
- Al Waqiah
- Al Dukhan
- Yaasin
- Sajadah
Juz 29
Juz 28
Juz 27
Juz 26

KURIKULUM DINIYAH

Ini merupakan kurikulum kafa di bawah jabatan pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Pesekutuan iaitu Tauhid, Fiqh, tajwid, sirah, Bahasa arab, Jawi, Akhlak dan Khat. Ia bermula daripada tahun 1 hingga tahun 6.

KURIKULUM AKADEMI

4 Mata pelajaran teras dalam UPSR iaitu 

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains

Bermula tahun 1 hingga tahun 6

_______________________________________________

Selain daripada waktu pengajaran dan pembelajaran, pelajar juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti tarbiah sepanjang tempoh pembelajaran.

Pendaftaran Awal Kem Rakan Quran 2018 ( KRQ 2018 )

  025f6c75 0f36 4bbd 95d8 cb5a5462c3b8

 ( KRQ 2017 )

MAKLUMAT PROGRAM

 

 

Kem Rakan Al-Quran (KRQ) merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin (PTDH) pada setiap tahun sebagai pendekatan efektif dalam membina pemangkin generasi muslim yang berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan seharian.

 Kem ini akan berlangsung selama 7 hari 6 malam yang bertempat di dua lokasi berlainan yang membahagikan pelajar banin(lelaki) dan pelajar banat(perempuan). Maklumat lengkap program adalah seperti berikut : -

 

UMUR : 9 - 17 Tahun

 

TARIKH : 26 NOVEMBER - 2 DISEMBER 2018

TEMPAT : DARUL HAFIZHIIN AL FURQAN, GOMBAK  ( LELAKI)

PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN, KERAMAT ( PEREMPUAN )

 

 

Apa yang anak anda akan dapat daripada KRQ 2018?

➡  Memantapkan dan memperbaiki Akhlak dan Fikrah Islamiah.
➡  Memahami Kaedah Hafazan Quran Yang Sistematik.
➡  Mengketengahkan KEPIMPINAN dalam diri pelajar.
➡  Boleh menyusun jadual harian mengikut sunnah Rasulullah Saw.
➡  Belajar & praktik kaedah Solat dan Khusyu' yang tepat mengikut sunnah.
➡Berpeluang mempelajari dan mempraktikkan Sunnah BERKUDA.
➡  Faham kaedah dalam PENGURUSAN JENAZAH.
➡  Mempelajari kaedah asas Sembelihan.
➡  Meningkatkn jatidiri dan sahsiah dengan program lasak & mantap 
➡ LDK & Jungle trekking

TESTIMONI KRQ 2017

 

InkedWhatsApp Image 2018 01 19 at 5.27.35 PM 1 LI WhatsApp Image 2018 01 19 at 5.27.34 PM WhatsApp Image 2018 01 19 at 5.27.34 PM 1 WhatsApp Image 2018 01 19 at 5.27.35 PM

 



PENDAFTARAN

 

Isi borang secara online & kami akan hubungi apabila pendaftaran sebenar dibuka.

>KLIK DISINI UNTUK MENGISI BORANG ONLINE<



PENYERTAAN TERHAD KEPADA 80 ORANG SAHAJA
DAFTAR SEGERA!!!

 

LELAKI

PEREMPUAN

UMUR

9 - 18 Tahun

TARIKH

28 November - 4 Disember 2016

TEMPAT

DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN 
Lot 1971 (B), 
Kampung Sungai Salak, 
Jalan Gombak Batu 10, 
53100 Gombak, Selangor

PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN 
No 15, Lorong Kiri 1,
Datuk Keramat, 
54000 Kuala Lumpur

YURAN

RM 390 / Peserta

WAKTU OPERASI

WAKTU PEJABAT

ISNIN hingga JUMAAT ( Kecuali Cuti Umum & Cuti Wilayah Persekutuan )
8.00 pagi - 5.00 petang
Waktu rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang 

 

WAKTU PERSEKOLAHAN
( Nuraniah & Tahfiz Rendah )

ISNIN hingga JUMAAT ( Kecuali Cuti Umum & Cuti Persekolahan )
8.00 pagi - 4.30 petang

TAKWIM PTDH

Maklumat Pengunjung

1.png5.png5.png6.png7.png5.png
Hari Ini0
Yesterday0
This week0
This month0
Jumlah Pelawat155675

11
Online

Monday, 21 October 2019 19:49

Waktu Solat

Lokasi PTDH

Hubungi Sekolah

Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin

NO.15, Lorong Kiri 1,

54000 Kampong Datok Keramat,
Kuala Lumpur, Malaysia

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  03-4257 8929
03-42578929