2018 02 28 15 07 08

Alhamdulillah, pada 9 Februari 2018 pihak PTDH telah menganjurkan program Qiamullail & Kokurikulum bagi pelajar tahun 3,4,5 dan 6 di Kompleks PTDH Kg Datuk Keramat. Program ini berlangsung selama semalaman iaitu bermula jam 4.30 petang hari jumaat sehingga jam 8.00 pagi pada hari sabtu. Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti aktiviti harian & juga kemahiran professional yang kini semakin hilang di mata pelajar-pelajar agama. 

Beberapa persatuan telah ditubuhkan dalam aktiviti kokurikulum iaitu persatuan ekonomi rumah tangga, kesenian Islam, kemahiran hidup, persatuan bulan sabit merah, pidato, sains al-quran dan seni bela diri (taekwando). Program-program ini dikendalikan oleh guru-guru PTDH dan juga beberapa pengendali luar yang dijemput untuk bersama dengan pelajar.

Pada sebelah malam,pelajar didedahkan dengan slot khas iaitu slot motivasi yang bertajuk "Kelebihan Menjadi Alul Quran". Tajuk ini dipilih sempena dengan kurikulum pelajar PTDH yang menghafal al-Quran. Tajuk ini diharap dapat memberikan sedikit sebanyak rasa minat dan cinta pelajar untuk menghafaz dan mengamalkan alquran yang dibaca hari-hari.

Kemudian, pelajar dihiburkan dengan aktiviti dalam kumpulan. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan rasa saling memerlukan di dalam diri pelajar. Beberapa aktiviti telah disusun bagi menceriakan malam para pelajar bersama guru di PTDH.

Pada 1/3 malam, pelajar diwajibkan untuk sertai qiamullail. Solat sunat diimamkan oleh para ustaz yang menghafal al-Quran dan alunan dzikir-dzikir menghiasi pagi di bangunan PTDH. Seterusnya selepas solat subuh, pelajar dimainkan dengan sentimen kesedihan pada slot muhasabah. Hampir semua pelajar menitiskan air mata dalam slot tersebut termasuk guru. 

Semoga dengan program semalaman yang dianjurkan ini dapat memberikan sedikit sebanyak kebaikan kepada pelajar dan semoga pelajar dapat mengamalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

 

2018 02 28 13 16 52 2018 02 28 15 04 41

 

2018 02 28 15 05 23 2018 02 28 15 06 00

2018 02 28 15 06 43

  • Default
  • Title
  • Date
  • Random

Berita Terkini PTDH

Program Tadabbur Al-Quran

Program tadabbur Al-Quran ini disampaikan oleh ustaz Sya'ari Abdul Rahman...

Baca selanjutnya..

Hari Keluarga Dan Sukaneka

   Pada 14 April yang lalu, pihak PTDH telah menganjurakan program...

Baca selanjutnya..

Program Qiamuallai dan Kokurikulum

Alhamdulillah, pada 9 Februari 2018 pihak PTDH telah menganjurkan program...

Baca selanjutnya..

LATIHAN KEBAKARAN

Pada 31 Januari 2018, Pihak PTDH dengan kerjasama pasukan bomba...

Baca selanjutnya..

Usrah Ibu Bapa Januari 2018

Pada 26 Januari 2018 telah berlangsung Usrah Ibu Bapa bersama...

Baca selanjutnya..

Perlantikan Pengawas 2018

  Majlis Perlantikan pengawas 2018 telah diadakan pada perhimpunan pagi di...

Baca selanjutnya..

Taklimat Kelab Kelas Tahun 6

Taklimat kelab kelas tahun 6 PTDH 2018 telah diadakan pada...

Baca selanjutnya..

Riadah Mingguan

Program riadah mingguan pelajar PTDH diadakan pada setiap hari Selasa...

Baca selanjutnya..

Program Ruqyah Syar'iyyah

  Program Ruqyah Syar'iyah bersam Syeikh Sultan Al-Qadasi dari Yaman telah...

Baca selanjutnya..

PERINGKAT RENDAH

  • Bacaan Qiraati (1 hingga 6)
  • Bacaan & Hafazan Al-Quran
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Deeniah

PERINGKAT MENENGAH

  • Bacaan & hafazan al-quran
  • Aqidah (kitab al-iman)
  • Akhlak (kitab khuluqul-muslim)
  • Hadith (kitab hadith 40 imam nawawi)
  • Nahu (kitab tuhfah sinniah)
  • Sorof (kitab matan bina’ )

MAKLUMAT PEPERIKSAAN

  • Peperiksaan Sem 1
  • Peperiksaan Sem 2
  • Peperiksaan Percubaan UPSR
  • Peperiksaan Percubaan UPSRA
  • Peperiksaan Percubaan UPKK

TAKWIM PTDH

 
 
 

Like kami di Facebook

SFbBox by caulfield cup

Maklumat Pengunjung

1.png5.png5.png6.png7.png5.png
Hari Ini0
Yesterday0
This week0
This month0
Jumlah Pelawat155675

11
Online

Saturday, 21 July 2018 11:33

Waktu Solat

 

Lokasi PTDH

Hubungi Sekolah

Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin

NO.15, Lorong Kiri 1,

54000 Kampong Datok Keramat,
Kuala Lumpur, Malaysia

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  03-4257 8929
03-42578929